Saturday 1 February 2014

Kehidupan PLKN (Part 1)


Apa khabar pembaca?? Harap sihat-sihat belaka semua ye.. Sudah lama tak berkongsi cerita.. Kali ni aku nak cerita benda yang bahagia no more sad again... Hidup harus diteruskan dan teruskan perjuangan dimuka bumi Allah... Ok, mari start bercerita..

Aku nak kongsi la sikit perjalanan hidup aku di plkn..Menjadi seorang wirawati bukan la senang dan susah mana pun.. Biasa-biasa je pun.. Mula-mula aku sampai seorang pun aku tak kenal. Rupa-rupanya ada tiga orang member sekolah rendah aku sama kem dengan aku. Tapi kami lain kampeni.. Tak bermakna bila kami lain kampeni kami tak bertegur still lagi kami bertegur... Aku cuba jadikan diri aku seorang yang peramah untuk aku dapat lebih ramai kawan tak kesah la melayu ke, india ke, cina ke, janji kawan.. Deme nie pun sekepala la jugak.. Tak ada pulak kami berperang or bertekak. Bersyukur sangat..

Aku ada kawan cina yang selalu aku buat gaduh. Nama dia Chun Wei Ting. Lawak budaknya.. Aku tak tahu kenapa yang dia suka sangat dengan ayat yang aku pernah cakap sampai boleh jadi tredmark pulak.. Ayatnya macam nie *Do I care??... No* Aku tak tahu apa la best sangat dengan ayat tu.. Masa mula-mula dia dengar aku cakap macam tu dia gelak sangat-sangat.. Apa yang lawaknya entah la.... Mesti tertanya-tanya macam mana la muka WeiTing tu kan?? Ni ha Wei Ting..

 Amacam, cute? Nak kenal, drop your comment.. Macam-macam perangai dia.. Aku suka la berkawan dengan dia.. Suka sangat.. Dia la kawan cina pertama yang aku suka.. <3 <3

Ops, lupa pulak aku nak cakap aku dapat kem dekat mana..  Aku dapat dekat Kem PLKN Tegas Mesra Selam,Perak. Kem tu ada dekat tengah-tengah hutan sampai susah nak cari line lagi-lagi maxis dengan digi.. Celcom ok je.. Sakit hati aku...  

Aku dapat kampeni DELTA.. Sekarang delta berada dekat tempat pertama.. Tapi tak tahu la dapat jadi juara keseluruhan ke tak nanti.. Hanya berusaha je sekarang untuk jadi juara.. *Muka berharap sangat*  ^_^ Dengan bangganya aku menunjukkan bendera kampeni-kampeni kem aku...
Smart tak?? Jangan tiru.. hahaha
 
Aku nak tunjuk jugak benda apa yang aku belajar dalam kelas.. Aku baru je lepas dua modul iaitu modul Pembinaan Karakter Diri Sendiri dan Diri Orang Lain. Sekarang aku tengah kelas modul untuk kerjaya pulak... Nie buku untuk modul pertama...

Macam-macam yang aku pelajari dari modul nie.. Aku akan cuba praktikkan dalam diri aku..

Nak masuk kelas pun ada lagu taw.. Mewah betul kelas dekat plkn nie.. Lagu yang diorang pasangkan Hijau dari Zainal Abidin dengan Anugerah Terindah Yang Pernah Ku Miliki dari Shiela On 7... Nak tau lagu tu macam mana pergi la dengar dekat youtube.. Ada je lagu tu... Dalam kelas tu aku ada jugak buat benda nie iaitu Kolaj Visi Yanie.. Mesti tertanya apa itu 'Kolaj' kan..?? Maksud Kolaj ialah benda apa yang kita nak buat untuk matlamat jangka panjang... Kelam kabut aku buat benda nie...

Terukkan?? Tapi nanti aku akan buat yang baru punya yang lagi cute dan kemas.. hahaha

Disamping itu aku nak tunjuk sikit gambar yang aku sempat shot dengan kawan-kawan aku yang dekat plkn tu... Sikit je.. Tapi nak tunjuk jugak.. Kalau tak suka jangan komen apa-apa...





Nie je yang aku ada.. Kitorang shot gambar nie sebelum kitorang gerak ada kelas Navigasi 1. Lepas kelas tu budak Ipoh balik dulu antaranya aku la.. hahaha... Diorang semua mesra..

Ada satu benda lagi yang aku nak kongsi dengan korang.. Lawak bagi aku... Kawan aku cuba nak lukis muka aku tapi tak menjadi yang jadinya gambar orang tua.. Lawak sangat...

Macam orang tua kan?? Tak pe la... Janji dia dah berusaha.. Terima kasi Wei Ting.. <3 <3

Ok la.. Sampai sini je la dulu cerita aku.. Lepas tamat Plkn aku nanti aku cerita lagi ok.. Aku akan share dekat semua pembaca apa yang aku belajar dekat sana.. Terima kasih sudi membaca... Doakan aku dapat harungi latihan dekat sana dengan jayanya.. Fighting!!

TQ sBb BcE , LiKe oR cOmMeNt

www.tips-fb.com

0 meluah kan perasaan: