Monday 9 June 2014

Untuk Awak


Apa khabar? Lama dah tak bercerita.. Actually, entry kali ni bukan nak bercerita tapi hanya saja.. Just untuk memperingati sahaja... Kalau tak suka, jangan baca. Kalau rasa nak baca, baca sampai habis. And terima kasih kepada yang sudi membaca...
 
# Surat ini untuk awak..
-------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Assalamualaikum *KAWAN*
 
Apa khabar? Saya harap awak sihat selalu.. Dah lama kita tak berborak kan? Surat kali ni pun entah bila awak akan baca kan tapi saya tetap nak tulis jugak.. Dah genap 2tahun kita berkawan. Macam-macam benda yang berlaku dalam 2tahun ni kan? Ada yang sedih dan ada jugak yang gembira.. Hubungan persahabatan kita lawak kan..? 
 
Apa-apa pun Selamat Hari Lahir.. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. Moga bahagia dunia akhirat.. Amin~~ Jangan pernah lupakan saya taw.. Even kita semakin kurang contact awak jangan lupakan saya.. hihihi.. Tak malu mintak orang ingat kita.. hahahaha.. Tak pe, bukan selalu pun kan..? Saya harap awak akan selalu jadi sahabat saya and menjadi penasihat terhebat saya.. hihihi (^_^)
 
 

TQ sBb BcE , LiKe oR cOmMeNt

www.tips-fb.com

Sunday 18 May 2014

Sambung Belajar


Apa khabar pelawat blog aku..? Dah lama tak bukak blog aku ni and tak berstory. Biasa la, aku dah buzy sekarang mengalahkan PM 'kononya'.. Hahaha.. Dekat sini aku nak kongsi sikit pasal kegembiraan aku dapat sambung belajar. Actually tak la bahagia mana pun sebab aku sambung belajar ni hanya menjalankan tuntutan aku sebagai seorang anak kepada kedua ibubapa aku. Walau macam mana sekalipun aku kena ikhlaskan jugak, betul tak? Nanti ilmu pulak tak masuk dengan ikhlas and tak tahan lama. Buat penat belajar je..

Aku dapat sambung belajar dekat Politeknik Ungku Omar,Ipoh. So, apa persediaan aku.? Setakat ni aku just baru beli barang je. Antaranya kasut, beg macam nak pergi luar negara, baju la.. Ni la antara sebab kenapa aku tak nak sambung belajar. Ayah dengan ibu aku akan keluarkan banyak duit untuk aku. Aku tak suka bila ayah aku suruh aku beli kasut mahal-mahal. Aku lebih suka beli kasut dekat pasar malam yang harganya just RM10. Aku tak kesah kalau murah. Bagi aku mahal tu membazir je. Memang la orang kata yang mahal tu lebih berkualiti tapi bagi aku kalau jaga elok-elok yang murah tu mesti tahan lama la.. Bukannya baru sekali aku beli barang dekat pasar-pasar nie..


Banyak kali aku lari dari ayah aku bila nak beli barang. Bukan tak nak dengar apa yang ayah aku cakap tapi aku tak nak barang mahal-mahal nie.. nanti ayah dan ibu aku yang susah, aku tak suka! Terasa diri ni membebankan mereka je.. Ni kasut yang aku beli. Satu je yang bawah RM10.



 
Kasut pun harga dah nak dekat RM200. Belum lagi kira beg untuk aku pergi kelas dan beg baju. Punya la mahal. Geram je rasanya bila beli barang mahal-mahal nie.. Baju pun dibeli baru. Kalau aku pakai je baju yang dah ada. Ibu aku pulak duk semngat beli kain untuk buat baju kurung. Katanya, masa daftar nanti pakai la baju baru.. Aku cakap tak payah pakai je la baju apa yang ada. Ibu aku cakap, dah dekat kakak aku ibu aku buat macam tu, aku pun kena la jugak.. Sabar je la aku.. Kalau dapat membeli tu, habis satu kedai nak diborong nye... Hurm.. Pasrah je aku..


Sekarang nie aku dah bawak harapan ibu dan ayah aku untuk berjaya. Aku sebenarnya takut nak sambung belajar nie.. Aku risau aku tak mampu nak bawak apa yang aku belajar nanti. Mesti ramai yang pandai-pandai nanti. Ni yang aku lemah nie.. Uwa... Mau nangis lorh.. Aku just berdoa dan berharap aku mampu hadapi semua ujian nanti dekat sana..


Ok la sampai sini dulu aku bercerita. Nanti bila aku kelapangan, lepak-lepak aku berstory lagi.. Insya allah..

TQ sBb BcE , LiKe oR cOmMeNt

www.tips-fb.com

Saturday 1 February 2014

Kehidupan PLKN (Part 1)


Apa khabar pembaca?? Harap sihat-sihat belaka semua ye.. Sudah lama tak berkongsi cerita.. Kali ni aku nak cerita benda yang bahagia no more sad again... Hidup harus diteruskan dan teruskan perjuangan dimuka bumi Allah... Ok, mari start bercerita..

Aku nak kongsi la sikit perjalanan hidup aku di plkn..Menjadi seorang wirawati bukan la senang dan susah mana pun.. Biasa-biasa je pun.. Mula-mula aku sampai seorang pun aku tak kenal. Rupa-rupanya ada tiga orang member sekolah rendah aku sama kem dengan aku. Tapi kami lain kampeni.. Tak bermakna bila kami lain kampeni kami tak bertegur still lagi kami bertegur... Aku cuba jadikan diri aku seorang yang peramah untuk aku dapat lebih ramai kawan tak kesah la melayu ke, india ke, cina ke, janji kawan.. Deme nie pun sekepala la jugak.. Tak ada pulak kami berperang or bertekak. Bersyukur sangat..

Aku ada kawan cina yang selalu aku buat gaduh. Nama dia Chun Wei Ting. Lawak budaknya.. Aku tak tahu kenapa yang dia suka sangat dengan ayat yang aku pernah cakap sampai boleh jadi tredmark pulak.. Ayatnya macam nie *Do I care??... No* Aku tak tahu apa la best sangat dengan ayat tu.. Masa mula-mula dia dengar aku cakap macam tu dia gelak sangat-sangat.. Apa yang lawaknya entah la.... Mesti tertanya-tanya macam mana la muka WeiTing tu kan?? Ni ha Wei Ting..

 Amacam, cute? Nak kenal, drop your comment.. Macam-macam perangai dia.. Aku suka la berkawan dengan dia.. Suka sangat.. Dia la kawan cina pertama yang aku suka.. <3 <3

Ops, lupa pulak aku nak cakap aku dapat kem dekat mana..  Aku dapat dekat Kem PLKN Tegas Mesra Selam,Perak. Kem tu ada dekat tengah-tengah hutan sampai susah nak cari line lagi-lagi maxis dengan digi.. Celcom ok je.. Sakit hati aku...  

Aku dapat kampeni DELTA.. Sekarang delta berada dekat tempat pertama.. Tapi tak tahu la dapat jadi juara keseluruhan ke tak nanti.. Hanya berusaha je sekarang untuk jadi juara.. *Muka berharap sangat*  ^_^ Dengan bangganya aku menunjukkan bendera kampeni-kampeni kem aku...
Smart tak?? Jangan tiru.. hahaha
 
Aku nak tunjuk jugak benda apa yang aku belajar dalam kelas.. Aku baru je lepas dua modul iaitu modul Pembinaan Karakter Diri Sendiri dan Diri Orang Lain. Sekarang aku tengah kelas modul untuk kerjaya pulak... Nie buku untuk modul pertama...

Macam-macam yang aku pelajari dari modul nie.. Aku akan cuba praktikkan dalam diri aku..

Nak masuk kelas pun ada lagu taw.. Mewah betul kelas dekat plkn nie.. Lagu yang diorang pasangkan Hijau dari Zainal Abidin dengan Anugerah Terindah Yang Pernah Ku Miliki dari Shiela On 7... Nak tau lagu tu macam mana pergi la dengar dekat youtube.. Ada je lagu tu... Dalam kelas tu aku ada jugak buat benda nie iaitu Kolaj Visi Yanie.. Mesti tertanya apa itu 'Kolaj' kan..?? Maksud Kolaj ialah benda apa yang kita nak buat untuk matlamat jangka panjang... Kelam kabut aku buat benda nie...

Terukkan?? Tapi nanti aku akan buat yang baru punya yang lagi cute dan kemas.. hahaha

Disamping itu aku nak tunjuk sikit gambar yang aku sempat shot dengan kawan-kawan aku yang dekat plkn tu... Sikit je.. Tapi nak tunjuk jugak.. Kalau tak suka jangan komen apa-apa...





Nie je yang aku ada.. Kitorang shot gambar nie sebelum kitorang gerak ada kelas Navigasi 1. Lepas kelas tu budak Ipoh balik dulu antaranya aku la.. hahaha... Diorang semua mesra..

Ada satu benda lagi yang aku nak kongsi dengan korang.. Lawak bagi aku... Kawan aku cuba nak lukis muka aku tapi tak menjadi yang jadinya gambar orang tua.. Lawak sangat...

Macam orang tua kan?? Tak pe la... Janji dia dah berusaha.. Terima kasi Wei Ting.. <3 <3

Ok la.. Sampai sini je la dulu cerita aku.. Lepas tamat Plkn aku nanti aku cerita lagi ok.. Aku akan share dekat semua pembaca apa yang aku belajar dekat sana.. Terima kasih sudi membaca... Doakan aku dapat harungi latihan dekat sana dengan jayanya.. Fighting!!

TQ sBb BcE , LiKe oR cOmMeNt

www.tips-fb.com